Dgn itu kita hendaklah merancang setiap tema dan busana yg kita gayakan. Majlis merisik seharusnya lebih simple berbanding majlis bertunang dan begitu juga seterusnya dan kemuncaknya adalah bersanding. Pemilihan jenis tudung dan veil yang betul sangatlah perlu diambil kira supaya kita nampak sesuai dgn majlis
Majlis Merisik
Majlis merisik selalunya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Pemilihan tudung yang simple dan ditambah dgn sedikit perincian manik sudah memadai. Tidak perlu terlalu grand,sederhana tetapi berseri
Majlis Bertunang
Kebiasaanya bakal pengantin akan memilih utk menggayakan veil dan shawl tetapi mempunyai design yg simple. material chiffon ataupun net sesuai digayakan dgn perincian manik dan lace yang tidak terlalu sarat. Biar nampak manis. Rona warna pastel amatlah digemari oleh bakal pengantin.
Majlis Akad Nikah
Merupakan majlis yang terpenting dan harus diberi perhatian lebih. Pengantin boleh memilih untuk menggayakan veil dan shawl yg sepadan dgn baju dan mempunyai perincian manik penuh. Tetapi haruslah besederhana. Tidak terlalu keterlaluan. Kelabuhan veil juga memainkan peranan penting kerana ada pasangan yg memilih utk berada dipelamin mini, ada yg memilih utk duduk di bawah. Sekiranya anda duduk di bawah, pastikan kelabuhan veil tidak mengganggu keselesaan anda utk duduk.
Majlis Bersanding
Pada ketika ini, anda akan menjadi perhatian beribu tetamu. Tudung dan veil memainkan peranan penting supaya anda kelihatan sesuai dgn make-up dan busana anda. Secara keseluruhannya, tudung, veil, make up, dan busana haruslah mempunya tema yg selari. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan pelik ataupun tidak berseri. Anda harus kelihatan cantik dihadapan kamera kerana ini akan diabadikan selamanya. Pilih tudung yg sesuai dgn bentuk muka. Memakai tudung yg berlainan dr jenis yg selalu dipakai adalah bagus tetapi kena pastikan bersesuaian. Pengantin boleh memilih veil dari paras pinggang hinggalah meleret ke lantai, terpulang kepada anda.
Sediakan senarai semak utk penggayaan tudung bg memudahkan anda bersiap
- Tudung
- Anak tudung/ Inner neck
- Veil
- Crown
- Jarum peniti dan pin
- Kerongsang
Biar terlebih bawa, jgn terkurang. Contohnya anak tudung biasa dan inner neck. Bawa kedua-duanya sekali.
--------------------------------------------------------------------
Untuk mendapatkan lebih banyak tips daripada kami, sila tinggalkan alamat email anda. Kami akan berkongsi lebih banyak tips2 persediaan perkahwinan
---------------------------------------------------------------------
salam
Hai bride2be. Dah ada baju nikah tp still searching veil & shawl for ur big day? Kami blh customize utk anda. Bukan itu shj, kami juga blh memberi idea dan khidmat nasihat supaya anda dpt yg terbaik dihari bahagia anda
Whatsapp 0123490114
Untuk tempahan veil, sila whatsapp 0123490114
Untuk tempahan veil, sila whatsapp 0123490114
Untuk tempahan veil, sila whatsapp 0123490114