Gerobok Adria

Contact Us:

Whatsapp: 0123490114
Instagram: gerobokadria_aida

Wednesday, March 18, 2015

Tips Pemilihan Busana Perkahwinan

Terdapat pelbagai design menarik yang boleh digayakan dihari bahagia anda. Kadang-kadang sampai rambang mata utk memilih. Anda boleh mendapat idea-idea busana perkahwinan anda melalui majalah perkahwinan, gambar-gambar dari photographer, blog, rancangan-rancangan TV seperti Raikan Cinta, Mahligai Cinta ataupun pergi terus ke butik pengantin dan tanyakan pendapat mereka.





Busana perkahwinan mestilah lengkap dan mengikut tema majlis anda. Perkara yg perlu anda titikberatkan adalah:



1. Veil dan tudung
2. Mahkota dan aksesori
3. Baju
4. Kasut

Sebaik-baiknya kesemua item ini perlulah dilihat dan dicuba sebelum majlis anda bermula. Ramai bakal pengantin yg menyerahkan bulat-bulat kepada butik pengantin utk menyediakan segalanya. Tidak semua orang mempunyai saiz badan yg sama dan sesuai memakai design-design tertentu. Anda perlu cuba, perlu buat fitting. Set 1 hari utk mencuba dari veil sehinggalah ke kasut. Jangan nanti pada hari majlis, kasut longgar, tudung tak disediakan, aksesori takde. Mnejadi tanggungjawab anda memastikan majlis anda berjalan lancar



Kami nak share beberapa tips memilih busana;


  1. Penggayaan busana dan gaya tudung/veil perlulah dititikberatkan dgn teliti agar bersesuaian dan bertepatan dgn gaya muslimah
  2. Hati-hati dalam memilih fabrik supaya tidak menonjolkan susuk tubuh yang keterlaluan. Pastikan baju anda tidak jarang 
  3. Anda perlu peka terhadap design yang anda pilih supaya tidak kelihatan kekok semasa menggayakan busana anda
  4. Anda boleh mamilih utk tampil menyerlah dan menawan tetapi perlulah menjaga aurat. Less is More
  5. Elakkan daripada memilih tudung yang nipis kerana ia boleh menampakkan susuk leher. Seeloknya pakai inner scarf
  6. Dapatkan khidmat nasihat pakar mengenai design yg bersesuaian dgn bentuk tubuh anda. elakkan daripada tersalah memilih design 
  7. Pilih warna yg bersesuaian dengan tona warna anda. Untuk selamat, pilih warna-warna pastel. Indah dan menyegarkan

Kami akan berkongsi lebih banyak tips penyediaan perkahwinan. Bukan sahaja mengenai busana, malah segla jenis aspek yang lain. Mudah-mudahan perkahwinan anda menjadi memori yg indah dan sempurna untuk dikenang. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan. maka rancanglah sebaik-baiknya supaya Allah turut mengaturkan yang terbaik utk kita


--------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda telah mempunyai busana perkahwinan, tetapi masih belum mempunyai veil dan shawl, kami boleh mendesignkan untuk anda. Bertepatan dgn tema dan bujet anda. Whatsapp 0123490114. Kami sedia membantu, memberi nasihat dan pandangan yang menarik utk hari bahagia anda